• Selamat datang ke Burger Kat Mane

    Di sini anda boleh mencari gerai burger terdekat, rasai kesedapan burger, tuntut diskaun istimewa, dan undi untuk burger terbaik di bandar.

    Gerai burger diletakkan di peta jadi anda boleh tekan di pin tersebut untuk ketahui lebih lagi tentang gerai. Lebih best lagi, boleh tebus tawaran dan undi bila anda mendaftar atau log masuk.

    Nota: Jika anda pengguna yang sedia ada, periksa mesej e-mel atau telefon anda dengan butiran log masuk baru untuk mengaktifkan semula akaun anda.

    Log masuk / Daftar

Ok
Tebus
Yes
Batal
Log Masuk
Teruskan




Loading...

Terma dan Syarat


  1. Persetujuan Terma

    1. Terima kasih kerana memilih Burger Kat Mane. Terma dan Syarat (Terma) ini adalah bertujuan untuk memaklumkan anda tentang hak undang-undang dan tanggungjawab anda terhadap akses dan penggunaan laman web Burger Kat Mane di www.burgerkatmane.com (Laman Web), termasuk tetapi tidak terhad kepada peruntukan perkhidmatan untuk mencari, memilih dan mendapatkan diskaun dan insentif daripada pembekal pihak ketiga di laman ini (Perkhidmatan)
    2. Akses dan penggunaan Laman Web akan ditawarkan kepada anda dengan syarat anda bersetuju tanpa pengubahsuaian sebarang atau semua terma, syarat dan notis yang dinyatakan dibawah (secara kolektifnya, Perjanjian).
    3. Dengan mengakses atau menggunakan Laman Web ini dengan apa juga cara, anda bersetuju untuk mematuhi Perjanjian dan mewakili bahawa anda telah membaca dan memahami semua terma-terma yang dinyatakan. Jika anda tidak bersetuju dengan terma, syarat dan notis ini, anda tidak dibenarkan untuk menggunakan Laman Web ini.
    4. Kami mungkin menukar atau mengubahsuai Perjanjian ini di masa akan datang dan anda memahami dan bersetuju bahawa akses dan penggunaan berterusan anda terhadap Laman ini selepas perubahan tersebut, membuktikan penerimaan anda terhadap Perjanjian yang dikemaskini atau diubahsuai tersebut. Kami akan mencatat tarikh semakan terakhir dibuat pada Perjanjian di bahagian bawah halaman ini dan sebarang semakan akan berkuat kuasa selepas pemberitahuan. Kami akan memaklumkan sebarang perubahan terhadap Perjanjian ini kepada anda sama ada dengan menghantar notis ke alamat e-mel yang diberikan kepada kami semasa pendaftaran atau dengan meletakkan notis pemberitahuan di Laman Web.
  2. Tafsiran

    1. Seksyen dan tajuk subjek dalam Terma ini adalah untuk rujukan sahaja dan tidak boleh digunakan untuk mentafsirkan mana-mana peruntukan dalam Terma ini.
    2. Terma "kami", "kita", "Burger Kat Mane" adalah merujuk kepada Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.
    3. Terma "anda" dan "Diner" adalah merujuk kepada pelanggan yang melayari Laman Web untuk mengakses dan/atau menggunakan Perkhidmatan dalam Laman Web.
    4. "Kandungan" akan termasuk (tetapi tidak terhad kepada) imej, foto, audio, video, lokasi data, tempat berdekatan, dan semua bentuk maklumat atau data. "Kandungan Anda" bermaksud isi kandungan yang anda muat naik, kongsi atau sampaikan, melalui atau berkaitan dengan Perkhidmatan seperti Like, rating, ulasan, imej, foto, teks, maklumat peribadi, dan sebarang bahan yang dipaparkan atau dikongsi secara umum dalam profil anda. "Kandungan Burger Kat Mane" bermaksud isi kandungan yang dihasilkan oleh Burger Kat Mane dan disediakan sehubungan dengan Perkhidmatan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, visual antara muka, ciri-ciri interaktif, grafik, rekabentuk, kompilasi, kod komputer, produk, perisian, penilaian agregat, laporan dan data penggunaan lain yang berkenaan, sehubungan dengan aktiviti-aktiviti akaun anda dan semua elemen dan komponen lain Perkhidmatan tidak termasuk Kandungan Anda dan Kandungan Pihak Ketiga. "Kandungan Pihak Ketiga" bermaksud kandungan yang tersedia dalam Laman Web yang dimiliki oleh pihak ketiga dan tidak termasuk Kandungan Anda dan Kandungan Burger Kat Mane.
  3. Kelayakan

    1. Anda dengan ini mewakili dan menjamin bahawa anda berumur sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun atau ke atas, dan berupaya dan cekap untuk memahami dan bersetuju dengan terma, syarat, kewajipan, kepastian, representasi dan jaminan yang ditetapkan dalam Perjanjian ini.
    2. Anda bertanggungjawab untuk mematuhi semua undang-undang dan peraturan apabila anda mengakses dan menggunakan Perkhidmatan ini. Anda bersetuju untuk menggunakan Perkhidmatan hanya setelah anda mematuhi Perjanjian ini dan undang-undang yang berkenaan, dan dengan cara yang tidak melanggar hak undang-undang kami atau mana-mana pihak ketiga.
  4. Perubahan kepada Terma

    1. Burger Kat Mane mungkin menukar, menambah atau memadam Terma dan Syarat ini atau mana-mana bahagian Perjanjian ini dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlak kami, yang mana dirasakan perlu bagi tujuan undang-undang, kawal selia umum dan teknikal, atau disebabkan oleh perubahan dalam perkhidmatan yang disediakan atau kejadian atau susun atur Laman Web. Setelah itu, anda dengan nyata bersetuju untuk terikat dengan mana-mana Terma dan Syarat yang dipinda tersebut.
    2. Kami mungkin mengubah, menggantung atau menamatkan mana-mana aspek Perkhidmatan pada bila-bila masa, termasuk ketersediaan mana-mana ciri, pangkalan data atau isi kandungan. Kami juga boleh mengenakan had ke atas ciri-ciri dan perkhidmatan tertentu atau menyekat akses anda ke semua atau sebahagian daripada Laman Web tanpa notis atau liabiliti untuk tujuan teknikal dan keselamatan, untuk mengelak daripada capaian yang tidak dibenarkan, kehilangan, atau kemusnahan data atau apa yang diambil kira dengan budi bicara mutlak kami, bahawa anda melanggar mana-mana peruntukan Terma dan Syarat ini atau undang-undang atau peraturan dan dimana ia memutuskan untuk menghentikan perkhidmatan.
    3. Penggunaan berterusan anda dengan Laman Web ini sekarang, atau selepas berkuatkuasanya apa-apa notis pindaan, akan menandakan persetujuan anda kepada pengubahsuaian tersebut.
  5. Penggunaan Perkhidmatan

    1. Anda perlu membuat akaun untuk menggunakan beberapa ciri-ciri yang ditawarkan oleh Perkhidmatan ini. Penggunaan mana-mana maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami semasa proses penciptaan akaun dikawal oleh Dasar Privasi kami. Anda hendaklah merahsiakan kata laluan dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga kerahsiaan dan keselamatan akaun anda, semua perubahan dan kemaskini yang dibuat melalui akaun anda, dan semua aktiviti yang berlaku yang berkaitan dengan akaun anda.
    2. Anda juga boleh mendaftar untuk menggunakan Perkhidmatan dengan melog masuk ke akaun menerusi laman media sosial pihak ketiga tertentu (seperti Facebook). Anda mengesahkan bahawa anda adalah pemilik mana-mana akaun media sosial dan bahawa anda berhak untuk mendedahkan maklumat log masuk media sosial anda kepada kami. Anda memberi kebenaran untuk kami mengumpul maklumat pengesahan anda, dan maklumat lain yang mungkin boleh didapati pada atau melalui akaun media sosial anda selaras dengan tetapan dan arahan yang berkenaan.
    3. Tentang membuat akaun, anda menyatakan bahawa semua maklumat yang diberikan kepada kami dalam proses tersebut adalah benar, tepat dan betul, dan anda akan mengemaskini maklumat tersebut apabila perlu untuk memastikannya sentiasa tepat. Anda tidak boleh menyamar sebagai orang lain, mencipta atau menggunakan akaun untuk orang lain selain akaun anda sendiri, memberi alamat e-mel orang lain selain e-mel anda sendiri, atau mencipta beberapa akaun kecuali dengan kebenaran kami. Anda mengakui bahawa sebarang maklumat palsu yang diberikan oleh anda boleh menyebabkan kemusnahan ekonomi dan kerugian besar kepada Burger Kat Mane atau pihak ketiga yang mana anda mungkin akan dipertanggungjawabkan.
    4. Anda juga bertanggungjawab atas semua aktiviti yang berlaku di dalam akaun anda. Anda bersetuju untuk memaklumkan sebarang penggunaan tidak sah akaun anda kepada kami dengan segera agar kami dapat mengambil tindakan pembetulan yang perlu. Anda juga bersetuju untuk tidak membenarkan mana-mana pihak ketiga menggunakan akaun Burger Kat Mane anda untuk apa-apa tujuan dan anda akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya ke atas akses tidak sah itu.
    5. Dengan membuat akaun, anda bersetuju untuk menerima komunikasi tertentu yang berkaitan dengan Perkhidmatan. Sebagai contoh, anda mungkin menerima komen daripada pengguna Laman Web yang lain atau pengguna lain mengikuti aktiviti dalam akaun anda. Anda boleh memilih keluar atau mengurus keutamaan anda berkenaan komunikasi menerusi tetapan akaun.
  6. Sekatan Penggunaan

    1. Tanpa membataskan gambaran umum Perjanjian ini, dengan menggunakan Perkhidmatan ini, anda secara khususnya bersetuju untuk tidak memapar atau menyiarkan sebarang isi kandungan atau melibatkan diri dengan sebarang aktiviti yang, mengikut budi bicara mutlak kami:
      • berbahaya, mengancam, mengecam, menganggu, mencabul, memfitnah, mendiskriminasi, lucah, tidak senonoh, jelek, kesat, kutukan, membenci, atau tidak menyenangkan, menceroboh privasi orang lain, yang berkaitan atau menggalakkan pengubahan wang haram atau perjudian;
      • mengandungi bahan yang melanggar mutu citarasa baik atau mutu Perkhidmatan;
      • melanggar sebarang hak pihak ketiga, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, hak privasi, hak publisiti, hak cipta, tanda dagangan, paten, rahsia dagangan, atau apa-apa harta intelek atau hak proprietari;
      • yang menyalahi, atau melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan;
      • cuba menyamar sebagai orang atau entiti lain;
      • menyembunyikan atau cuba menyembunyikan asal-usul Kandungan Anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada: (i) mengemukakan Kandungan Anda dibawah nama palsu atau dakwaan palsu; atau (ii) menyembunyikan atau cuba menyembunyikan alamat IP dari mana Kandungan Anda dikemukakan;
      • berbentuk komersil, termasuk tetapi tidak terhad kepada spam, kaji selidik, peraduan, skim piramid, paparan atau rating yang dihantar atau dikeluarkan sebagai pertukaran untuk bayaran, paparan atau rating yang dihantar atau dikeluarkan atas permintaan perniagaan yang dikaji semula, atau bahan pengiklanan lain;
      • menegaskan atau menggambarkan bahawa Kandungan Anda dalam apa-apa cara ditaja atau disokong oleh kami;
      • menipu, menyalahtafsir, atau menyembunyikan hubungan anda dengan seseorang atau sesebuah entiti;
      • mengakses atau menggunakan akaun pengguna lain tanpa kebenaran;
      • menghantar virus komputer atau kod, fail, atau program yang mengganggu, memusnahkan atau membataskan fungsi perisian komputer atau peranti atau peralatan komunikasi elektronik;
      • mengganggu dengan, menggendalakan atau memusnahkan fungsi atau kegunaan sebarang ciri-ciri Perkhidmatan atau pelayan atau rangkaian yang berhubung dengan Perkhidmatan;
      • "menggodam" atau mengakses rekod proprietari atau rekod sulit kami, rekod pengguna atau orang lain tanpa kebenaran;
      • melanggar mana-mana kontrak atau hubungan fidusiari (contohnya, dengan mendedahkan maklumat proprietari atau maklumat sulit majikan atau klien anda yang pecah amanah dalam sebarang perlantikan, rundingan atau perjanjian sulit);
      • menyahsusun, menterbalik, meroboh atau sebaliknya cuba untuk mendapatkan kod sumber daripada Perkhidmatan;
      • membuang, memintas, melumpuhkan, memusnah atau mengganggu ciri-ciri berkaitan keselamatan, atau ciri-ciri yang menguatkuasakan had penggunaan Perkhidmatan;
      • melanggar larangan dalam sebarang tajuk pengecualian robot dalam Perkhidmatan, jika ada, atau memintas langkah-langkah yang digunakan untuk mengehadkan akses kepada Perkhidmatan;
      • mengumpul, mengakses, atau menyimpan maklumat peribadi pengguna Perkhidmatan lain;
      • dihantar oleh bot;
      • mencederakan kanak-kanak dalam apa-apa cara;
      • mengancam perpaduan, integriti, pertahanan, keselamatan atau kedaulatan negara Malaysia, hubungan baik dengan negara-negara luar, atau ketenteraman awam atau menimbulkan hasutan dengan melakukan sebarang kesalahan atau menghalang siasatan sesebuah kesalahan atau menghina negara dan bangsa lain;
      • mengubahsuai, menyalin, mengutip atau menuai maklumat, mempamer, menerbitkan, melesenkan, memberi pinjam, menjual, memberi sewa, memindahkan atau sebaliknya mengkomersilkan sebarang hak Perkhidmatan atau Kandungan Kami; atau
      • cubaan untuk melakukan mana-mana perkara di atas.
    2. Anda mengakui bahawa Burger Kat Mane tidak bertanggungjawab untuk memantau anda – atau sesiapa sahaja – mengakses atau menggunakan Perkhidmatan untuk pelanggaran terma, atau untuk menyemak atau mengubah sebarang kandungan. Walau bagaimanapun, kami berhak untuk berbuat demikian bagi tujuan operasi dan meningkatkan Perkhidmatan (termasuk tanpa had untuk tujuan pencegahan penipuan, penilaian risiko, penyiasatan dan sokongan pengguna), bagi memastikan pematuhan anda terhadap Terma dan untuk mematuhi undang-undang atau kehendak proses undang-undang, mahkamah, persetujuan dekri, agensi pentadbiran atau badan kerajaan lain yang berkenaan.
    3. Anda dengan ini bersetuju dan memberi jaminan bahawa Laman Web ini hendaklah digunakan untuk tujuan yang sah sahaja dan anda tidak akan melanggar undang-undang, peraturan, ordinan atau kehendak mana-mana undang-undang setempat atau antarabangsa lain yang berkenaan. Anda tidak boleh memuat naik, memaparkan, menghantar e-mel, menyiarkan atau sebaliknya menyediakan sebarang pengiklanan bahan promosi, e-mel remeh, e-mel spam, surat berantai yang tidak diminta atau tidak sah, atau sebarang bentuk pengumpanan, halangan atau bebanan yang mewujudkan sebarang lien atau kepentingan keselamatan terhadap perkara-perkara dalam Perjanjian ini atau membuat sebarang representasi atau jaminan bagi pihak Burger Kat Mane dalam sebarang bentuk atau cara sekalipun.
    4. Kandungan Anda adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia yang berkenaan dan boleh dimatikan, atau dan mungkin tertakluk kepada penyiasatan dibawah undang-undang yang berkenaan. Disamping itu, jika anda didapati tidak mematuhi undang-undang dan peraturan, terma-terma ini, atau Dasar Privasi Burger Kat Mane, Burger Kat Mane berhak untuk dengan serta-merta menyekat akses dan penggunaan anda kepada Laman Web dan Burger Kat Mane berhak untuk mengeluarkan apa-apa kandungan yang tidak patuh dan komen, yang dimuat naik oleh anda dan seterusnya berhak untuk mengambil penyelesaian yang sewajarnya yang ada dibawah pelbagai undang-undang.
  7. Kandungan

    1. 7.1. Rating pengguna terhadap Burger Boys tidak mencerminkan pendapat Burger Kat Mane. Burger Kat Mane menerima pelbagai rating untuk Burger Boys daripada pelanggan, yang mencerminkan pendapat pelanggan terhadap Laman Web. Adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa setiap rating yang dipaparkan pada Burger Kat Mane adalah pendapat peribadi pelanggan sahaja. Burger Kat Mane adalah sebuah platform neutral yang menyediakan satu cara komunikasi antara pelanggan termasuk pelanggan atau pemilik/wakil perniagaan dengan akses kepada perkhidmatan senarai perniagaan.
  8. Hak Harta Intelek

    1. Kami adalah pemilik tunggal dan pemilik eksklusif hak cipta Perkhidmatan ini dan Kandungan Burger Kat Mane. Kami juga secara eksklusif memiliki hak cipta, tanda dagangan, tanda perkhidmatan, logo, nama dagangan, pakaian dagangan dan hak-hak intelek dan proprietari lain di seluruh dunia ("Hak IP") yang berkaitan dengan Perkhidmatan dan Kandungan Burger Kat Mane, yang mungkin dilindungi oleh hak cipta, paten, tanda dagangan dan harta intelek dan hak proprietari dan undang-undang yang berkenaan. Anda bersetuju bahawa Perkhidmatan ini mengandungi karya-karya asli dan telah dibangunkan, dikumpul, disediakan, disemak, dipilih, dan disusun oleh kami dan yang lain melalui perlaksanaan beberapa langkah dan standard penilaian yang dibangunkan dan digunakan melalui pelaburan besar masa, usaha dan wang dan membentuk harta intelek yang berharga kami dan yang seangkatannya. Anda seterusnya mengakui bahawa Perkhidmatan mungkin mengandungi maklumat yang dikelaskan sebagai sulit oleh Burger Kat Mane dan bahawa anda tidak akan mendedahkan maklumat tersebut tanpa kebenaran bertulis Burger Kat Mane terlebih dahulu.
    2. Anda bersetuju untuk melindungi hak-hak proprietari Burger Kat Mane dan hak-hak proprietari semua pihak lain yang terlibat dalam Perkhidmatan semasa dan selepas tempoh perjanjian ini dan untuk mematuhi semua permintaan bertulis yang munasabah yang dibuat oleh kami atau pembekal dan pemberi lesen kandungan atau sebaliknya untuk melindungi hak-hak undang-undang umum, kontraktual, berkanun mereka dan yang lain di dalam Perkhidmatan. Anda mengakui dan bersetuju bahawa Burger Kat Mane (atau pemberi lesen Burger Kat Mane) memiliki semua hak undang-undang, hak milik dan kepentingan di dalam dan terhadap Perkhidmatan, temasuk Hak-Hak IP yang terdapat di dalam Perkhidmatan (sama ada hak tersebut didaftarkan atau tidak, dan dimana sahaja hak tersebut wujud di dunia). Melainkan anda tidak bersetuju secara bertulis dengan Burger Kat Mane, anda tidak boleh menggunakan sebarang nama dagangan Burger Kat Mane, tanda dagangan, tanda perkhidmatan, logo, nama domain, dan ciri jenama tersendiri yang lain.
    3. Anda bersetuju untuk tidak menggunakan sebarang teknik kerangka untuk mengurung sebarang tanda dagangan atau logo atau maklumat proprietari Burger Kat Mane yang lain; atau mengeluarkan, menyembunyikan atau memusnahkan sebarang hak cipta atau notis proprietari atau pengecam sumber, termasuk tanpa had, saiz, warna, lokasi atau gaya tanda-tanda proprietari. Sebarang pelanggaran akan membawa anda kepada tindakan undang-undang yang sewajarmya di forum yang bersesuaian untuk mencari semua penyelesaian yang ada/mungkin dibawah undang-undang Malaysia yang berkenaan. Anda tidak boleh mengubahsuai, menghasilkan semula, mempamerkan secara umum atau mengeksploitasi dalam sebarang bentuk atau cara, apa-apa Kandungan Burger Kat Mane secara keseluruhan atau sebahagiannya, kecuali dengan kebenaran jelas Burger Kat Mane.
    4. Sehingga tahap penuh yang dibenarkan oleh undang-undang, kami tidak memutuskan atau mewakilkan bahawa penggunaan anda terhadap bahan yang dipaparkan dalam Perkhidmatan tidak akan melanggar hak-hak pihak ketiga yang tidak dimiliki atau berkaitan dengan kami. Anda bersetuju untuk memberitahu kami dengan serta-merta, apabila menyedari sebarang tuntutan bahawa Perkhidmatan melanggar sebarang tanda dagangan hak cipta, atau hak-hak undang-undang, kontraktual, intelek dan berkanun yang lain.
  9. Kandungan Pihak Ketiga dan Pautan

    1. Sebahagian daripada kandungan yang disediakan menerusi Perkhidmatan mungkin memasukkan atau berkait dengan bahan-bahan yang dimiliki oleh pihak ketiga. Sila ambil perhatian bahawa penggunaan anda terhadap perkhidmatan pihak ketiga akan ditadbir oleh terma-terma perkhidmatan dan dasar privasi yang berkenaan, yang sepadan dengan pihak ketiga. Kami mungkin mendapatkan alamat perniagaan, nombor telefon, dan maklumat perhubungan yang lain daripada vendor pihak ketiga yang mendapatkan data mereka daripada sumber awam.
    2. Kami tidak mempunyai kawalan ke atas, dan tidak membuat perwakilan atau pengendorsan berkenaan ketepatan, kesesuaian, pematuhan hak cipta, kesahan, kesempurnaan, ketepatan masa atau kualiti apa-apa produk, perkhidmatan, iklan dan kandungan lain yang terdapat didalam atau yang dikaitkan dengan Perkhidmatan. Kami tidak menyaring atau menyiasat bahan pihak ketiga sebelum atau selepas memasukkannya ke dalam Perkhidmatan kami. Kami berhak, dalam budi bicara mutlak dan tanpa sebarang tanggungjawab, membuat penambahbaikan kepada, atau membetulkan sebarang kesalahan atau ketinggalan, mana-mana bahagian kandungan yang boleh diakses pada Perkhidmatan. Dimana sesuai, kami mungkin, dengan budi bicara mutlak kami dan tanpa sebarang kewajipan, mengesahkan sebarang kemas kini, pengubahsuaian, atau perubahan kepada mana-mana kandungan yang boleh diakses pada Perkhidmatan, tetapi tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau ketidaktepatan yang berkaitan dengan kemas kini tersebut. Anda memahami dan bersetuju bahawa Burger Kat Mane tidak bertanggungjawab atas ketersediaan sebarang laman dan sumber luaran tersebut, dan tidak mengendors sebarang pengiklanan, produk, atau bahan-bahan lain pada atau yang tersedia daripada laman-laman web atau sumber tersebut. .
    3. Kandungan Pihak Ketiga, termasuk kandungan yang dipaparkan oleh pengguna Laman Web, tidak mencerminkan pandangan kami atau syarikat induk, anak syarikat, syarikat-syarikat sekutu, cawangan, pekerja, pegawai, pengarah, atau pemegang saham kami. Di samping itu, tiada kandungan yang tersedia melalui Perkhidmatan, diendors atau disahkan oleh pembekal atau pemberi lesen Kandungan Pihak Ketiga tersebut. Kami tidak menanggung sebarang tanggungjawab atau liabiliti untuk sebarang Kandungan Anda atau Kandungan Pihak Ketiga. Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa Burger Kat Mane tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang mungkin ditanggung oleh anda akibat daripada ketersediaan laman-laman atau sumber luaran tersebut, atau akibat daripada kebergantungan anda terhadap kesempurnaan, ketepatan atau kewujudan sebarang pengiklanan, produk atau bahan-bahan lain pada, atau yang boleh didapati daripada laman-laman web atau sumber-sumber tersebut. Tanpa mengehadkan perkara-perkara di atas, kami dengan jelasnya menafikan sebarang liabiliti untuk sebarang kandungan yang menghina, memfitnah, haram, invasif, tidak adil atau melangar peraturan, yang disediakan oleh pihak-pihak ketiga.
  10. Pengecualian Waranti

    1. Anda mengakui dan bersetuju bahawa Perkhidmatan diberikan atas dasar "seadanya" dan "seperti yang tersedia" dan penggunaan Perkhidmatan oleh anda adalah atas risiko anda sepenuhnya.
    2. Sehingga tahap penuh yang dibenarkan oleh undang-undang, Burger Kat Mane menafikan dengan jelas semua waranti, sama ada nyata atau tersirat, berhubung dengan Perkhidmatan dan penggunaannya oleh anda.
    3. Sehingga tahap penuh yang dibenarkan oleh undang-undang, Burger Kat Mane tidak membuat jaminan atau representasi bahawa Perkhidmatan yang telah dan akan disediakan dengan kemahiran, ketilitian dan ketekunan atau tentang ketepatan atau kesempurnaan Kandungan Laman Web ini dan tidak bertanggungjawab atas mana-mana (i) kesalahan, kesilapan, atau ketidaktepatan kandungan, (ii) kecederaan diri atau kerosakan harta, tidak kira jenisnya, yang disebabkan oleh akses dan penggunaan Perkhidmatan kami oleh anda, (iii) sebarang akses atau penggunaan tanpa kebenaran terhadap pelayan kami dan/atau sebarang dan semua maklumat peribadi yang disimpan didalamnya (iv) sebarang gangguan atau pemberhentian penghantaran kepada atau daripada Perkhidmatan, (v) sebarang pepijat, virus, kuda Trojan, atau sepertinya yang mungkin dihantar kepada atau melalui Perkhidmatan kami melalui tindakan mana-mana pihak ketiga, (vi) sebarang kehilangan data atau kandungan anda daripada Perkhidmatan dan/atau (vii) sebarang kesilapan atau ketinggalan dalam sebarang kandungan atau sebarang kerugian atau kerosakan dalam apa-apa bentuk yang ditanggung akibat penggunaan sebarang kandungan yang dipaparkan, dihantar melalui e-mel, dihantar, atau sebaliknya disediakan melalui Perkhidmatan.
    4. Sebarang bahan yang dimuat turun atau diperolehi melalui penggunaan Perkhidmatan dilakukan atas budi bicara dan risiko anda sepenuhnya dan anda akan bertanggungjawab sepenuhnya atas sebarang kerosakan kepada sistem komputer anda atau peranti yang lain atau kehilangan data akibat daripada memuat turun bahan tersebut.
    5. Burger Kat Mane tidak akan menjadi pihak atau dalam apa-apa cara bertanggungjawab untuk memantau sebarang transaksi antara anda dan mana-mana pihak ketiga. Anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua komunikasi dan interaksi anda dengan pengguna lain Perkhidmatan akibat daripada penggunaan anda terhadap Perkhidmatan ini.
    6. Tiada nasihat atau maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, yang anda perolehi daripada Burger Kat Mane atau melalui atau daripada Perkhidmatan akan mewujudkan sebarang waranti yang tidak dinyatakan dengan jelas di dalam terma-terma.
    7. Melainkan anda dengan jelas telah diberi kebenaran untuk berbuat demikian secara bertulis oleh Burger Kat Mane, anda bersetuju bahawa dengan menggunakan Perkhidmatan ini, anda tidak akan menggunakan sebarang tanda dagangan, tanda perkhidmatan, nama dagangan, logo syarikat atau organisasi dengan cara yang mungkin atau bertujuan menyebabkan kekeliruan tentang pemilik atau pengguna sah tanda-tanda, nama atau logo tersebut.
  11. Pengecualian Liabiliti

    1. Sehingga tahap penuh yang dibenarkan oleh undang-undang, Burger Kat Mane dalam apa juga keadaan tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas anda atas sebarang kerosakan yang diakibatkan oleh sebarang (i) kesilapan, kesalahan atau ketidaktepatan kandungan, (ii) kecederaan diri atau kerosakan harta, tidak kira jenisnya, yang disebabkan oleh akses dan penggunaan Perkhidmatan kami oleh anda, (iii) sebarang akses atau penggunaan tanpa kebenaran terhadap pelayan kami dan/atau sebarang dan semua maklumat peribadi yang disimpan didalamnya, (iv) sebarang gangguan atau pemberhentian penghantaran kepada atau daripada pelayan kami, (v) sebarang pepijat, virus, kuda Trojan, atau sepertinya yang mungkin dihantar kepada atau melalui Perkhidmatan kami melalui tindakan mana-mana pihak ketiga, (vi) sebarang kehilangan data atau kandungan anda daripada Perkhidmatan dan/atau (vii) sebarang kesilapan atau ketinggalan dalam sebarang kandungan atau sebarang kerugian atau kerosakan dalam apa-apa bentuk yang ditanggung akibat penggunaan sebarang kandungan yang dipaparkan, dihantar, atau sebaliknya disediakan melalui Perkhidmatan, sama ada atas dasar jaminan, kontrak, tort, atau sebarang teori undang-undang lain, dan sama ada Burger Kat Mane dimaklumkan tentang kemungkinan kerosakan sedemikian atau tidak, dan/atau (viii) pendedahan maklumat selaras dengan terma-terma atau Dasar Privasi, (ix) kegagalan anda untuk melindungi kata laluan atau butiran akaun anda (x) kerugian atau kerosakan yang akan ditanggung oleh anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian atau kerosakan akibat kebergantungan anda kepada kesempurnaan, ketepatan atau kewujudan sebarang pengiklanan, atau akibat daripada hubungan atau transaksi anda dengan mana-mana pengiklan atau penaja yang mempunyai iklan pada Perkhidmatan.
    2. Burger Kat Mane tidak akan bertanggungjawab ke atas anda atas sebarang kerosakan tidak langsung, berkaitan, khas, punitif, lanjutan sekalipun, walau apa pun puncanya dan di bawah sebarang teori liabiliti, termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang kehilangan keuntungan (sama ada yang ditanggung secara langsung atau tidak langsung), kehilangan nama baik atau reputasi perniagaan, kehilangan data, kos pemerolehan barangan atau perkhidmatan ganti, atau kerugian tidak ketara yang lain.
  12. Indemniti

    1. Anda bersetuju untuk menanggung kerugian, membela dan memastikan Burger Kat Mane tidak dipertanggungjawabkan untuk dan terhadap mana-mana tuntutan pihak ketiga, kerosakan (sebenar dan/atau berbangkit), tindakan, prosiding, permintaan, kerugian, liabiliti, kos dan perbelanjaan (termasuk yuran guaman yang munasabah) yang dialami atau dilakukan secara munasabah oleh kami yang timbul hasil daripada;
      • Kandungan Anda,
      • penggunaan tidak sah anda ke atas Perkhidmatan, atau produk atau servis yang disediakan atau diiklankan di dalam Perkhidmatan;
      • penggunaan dan akses kepada Perkhidmatan oleh anda;
      • pelanggaran sebarang hak pihak lain oleh anda; atau
      • pelanggaran Perjanjian ini oleh anda, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, sebarang pelanggaran hak cipta atau hak harta intelek mana-mana pihak ketiga.
    2. Kami memegang hak eksklusif untuk menyelesaikan, berkompromi dan membayar, tanpa kebenaran anda, sebarang dan semua tuntutan atau tindakan yang dikenakan ke atas kami. Kami mempunyai hak, atas tanggungan anda, untuk menganggap pembelaan dan kawalan eksklusif apa-apa perkara yang mana anda dikehendaki untuk melindungi kami dan anda bersetuju untuk bekerjasama dengan pembelaan kami terhadap tuntutan-tuntutan ini. Anda bersetuju untuk tidak menyelesaikan apa-apa perkara yang mana kami dinamakan sebagai defendan dan/atau yang mana anda mempunyai kewajipan ganti rugi tanpa sebarang persetujuan bertulis kami. Kami akan mengambil cara yang munasabah untuk memaklumkan apa-apa tuntutan, tindakan atau prosiding kepada anda sebaik sahaja mengetahuinya
  13. Dasar Privasi

    1. Sebarang maklumat peribadi yang dikongsi di laman web ini akan digunakan selaras dengan Dasar Privasi kami. Lihat Dasar Privasi.
  14. Penamatan Akses

    1. Anda boleh menutup akaun anda pada bila-bila masa dengan [].
    2. Kami boleh menamatkan penggunaan dan menafikan akses anda kepada Perkhidmatan mengikut budi bicara mutlak kami atas apa-apa sebab atau tanpa sebab, termasuk: (i) pelanggaran Terma; atau (ii) kurang menggunakan Perkhidmatan. Anda bersetuju bahawa penamatan akses anda kepada Perkhidmatan mungkin terjejas tanpa notis awal, dan mengakui dan bersetuju bahawa kami mungkin menyahaktifkan atau memadam akaun anda dan semua maklumat berkaitan serta-merta dan/atau menghalang akses selanjutnya ke akaun anda atau Perkhidmatan. Jika anda menggunakan Perkhidmatan ini dalam pelanggaran Terma, kami boleh, mengikut budi bicara mutlak kami, menahan semua data yang dikumpul daripada penggunaan anda terhadap Perkhidmatan. Selanjutnya, anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab ke atas anda atau mana-mana pihak ketiga di atas pemberhentian atau penamatan akses anda kepada Perkhidmatan.
  15. Perjanjian Keseluruhan dan Penepian

    1. Perjanjian ini, dan Dasar Privasi, merupakan perjanjian menyeluruh antara anda dan kami berkaitan dengan Perkhidmatan, Tiada kegagalan atau kelewatan perlaksanaan apa-apa hak, kuasa atau keistimewaan oleh kami di bawah Terma dan Syarat ini, bertindak sebagai penepian hak atau penerimaan apa-apa perubahan kepada Perjanjian dan tiada perlaksanaan tunggal atau sebahagian daripada hak, kuasa atau keistimewaan menghalang perlaksanaan selanjutnya hak itu atau melaksana apa-apa hak, kuasa atau keistimewaan.
  16. Pengasingan

    1. Jika mana-mana peruntukan Terma dan Syarat ini didapati menyalahi undang-undang, tidak sah, atau tidak boleh dikuat kuasakan oleh mahkamah kehakiman atas sebarang sebab, maka peruntukan itu menjadi tidak efektif hanya setakat kepada peruntukan yang menyalahi undang-undang atau yang dilarang tersebut. Peruntukan yang lain tidak terjejas dan berkuat kuasa sepenuhnya.
  17. Kerjasama Agensi

    1. Tiada peruntukan Perjanjian ini yang boleh disifatkan sebagai suatu perkongsian atau agensi antara anda dan Burger Kat Mane dan anda tidak mempunyai kuasa untuk mengikat Burger Kat Mane dalam apa-apa bentuk atau cara, sekali pun.
  18. Bidang Kuasa dan Undang-Undang

    1. Perjanjian ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia. Mahkamah Malaysia mempunyai bidang kuasa eksklusif ke atas sebarang pertikaian yang timbul di bawah Perjanjian ini.