• Selamat datang ke Burger Kat Mane

    Di sini anda boleh mencari gerai burger terdekat, rasai kesedapan burger, tuntut diskaun istimewa, dan undi untuk burger terbaik di bandar.

    Gerai burger diletakkan di peta jadi anda boleh tekan di pin tersebut untuk ketahui lebih lagi tentang gerai. Lebih best lagi, boleh tebus tawaran dan undi bila anda mendaftar atau log masuk.

    Nota: Jika anda pengguna yang sedia ada, periksa mesej e-mel atau telefon anda dengan butiran log masuk baru untuk mengaktifkan semula akaun anda.

    Log masuk / Daftar

Ok
Tebus
Yes
Batal
Log Masuk
Teruskan




Loading...

Terma dan Syarat


Sila baca Terma dan Syarat dengan teliti sebelum anda menyertai Program Kesetiaan ini. Setelah menyertainya, anda dianggap telah menerima semua Terma dan Syarat ini dan bersetuju untuk mematuhinya. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma dan Syarat ini, sila jangan sertai Program Kesetiaan ini. Penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu.

 

PENGENALAN

LADY’S CHOICE Mayo Magic Burger Kat Mane?  (“Program Kesetiaan”) ini dianjurkan oleh Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd (Co. No. 1532-V)  (“Penganjur”). Program Kesetiaan bermula pada 1 September 2017, jam 12:00 tengah malam dan akan diteruskan sehingga notis selanjutnya (“Tempoh Program Kesetiaan”).

 

Penganjur berhak mengubah, melanjutkan, menggantung atau menamatkan Program Kesetiaan pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya sendiri atau sekiranya Program Kesetiaan tidak dapat diteruskan atas apa jua sebab. Peserta bersetuju untuk tidak akan membangkitkan sebarang tuntutan terhadap Peganjur atas sebab penamatan atau penggantungan tersebut. Sekiranya timbul sebarang percanggahan atau konflik, versi Bahasa Inggeris Terma dan Syarat Program Kesetiaan akan digunakan.

 

  1. KELAYAKAN

    1. 1. Pertandingan Tebus & Menang ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan yang menetap di Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas. Sekiranya peserta berumur kurang daripada 18 tahun pada tarikh penyertaan, peserta dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga sebelum menyertai Pertandingan Tebus & Menang ini dan hendaklah mengemukakan kebenaran tersebut apabila diminta oleh Penganjur.
    2. 2. Penganjur berhak untuk menyingkirkan mana-mana peserta yang tidak mematuhi Terma dan Syarat Program Kesetiaan ini atau jika Penganjur mendapati peserta gagal untuk memenuhi mana-mana kriteria penyertaan yang ditetapkan oleh Penganjur.
  2. CARA-CARA UNTUK MENYERTAI PROGRAM KESETIAAN DAN MENGUMPUL MATA GANJARAN

    1. Untuk menyertai Program Kesetiaan ini, semua peserta mesti:

      • Daftar sebagai “Pelanggan” ataupun “Burger Boy” di www.burgerkatmane.com.my
      • Selesaikan tugas tertentu untuk mendapat mata ganjaran kesetiaan.
    2. Keagihan mata ganjaran kepada Burger Boy:

      • Buka gerai burger: 1-mata (setiap hari, sekali sehari)
      • Setiap bintang yang diterima daripada pembeli: 1-mata
      • Mendapat 5 orang yang berlainan mengumpul tawaran: 5-mata
      • Kemaskinikan gambar dan penerangan dalam profil (sekali sebulan sahaja): 5-mata
      • Beli Lady’s Choice Mayo Magic 3L atau Lady’s Choice Mayo Burger 3kg (Pek promo Oktober 2017 – sementara stok masa ada): 30-mata
    3. Keagihan mata ganjaran untuk Pelanggan:

      • Kali pertama log masuk: 10-mata
      • Tebus tawaran daripada Burger Boy: 1-mata (selepas pengesahan daripada Burger Boy yang tawaran telah dikumpul)
      • Tebus 5 tawaran daripada 5 gerai berlainan dalam satu minggu: 10-mata
      • Kongsi gerai ke Media Sosial: 2-mata (hanya sekali untuk 1 gerai sahaja).
  3. PENEBUSAN GANJARAN

    1. Ganjaran boleh ditebus di www.burgerkatmane.com.my/rewards.
    2. Ganjaran berikut boleh di tebus oleh Burger Boy sahaja:
      • Pengikis: 50-mata
      • Pemberat Gril: 200-mata
      • Kemeja-T : 400-mata
      • Apron : 80-mata
      • Pembalut Burger : 10-mata
      • Cawan Plastik : 50-mata
      • Baucar Tesco RM10 : 100-mata
      • Baucar Giant RM50 : 500-mata
      • Tuala Muka Mampat : 30-mata
    3. Ganjaran berikut boleh di tebus oleh Pelanggan sahaja:
      • Baucar Tesco RM10 : 20-mata
      • Baucar Giant RM50 : 100-mata
      • Baucar AEON RM10 : 20-mata
      • Baucar Nando’s RM50 : 100-mata
      • Baucar Friday’s RM50 : 100-mata
      • Baucar Manhattan Fish Market RM10 : 100-mata
      • Baucar KFC Voucher RM10 : 20-mata
      • Baucar Secret Recipe Voucher RM10 : 20-mata
    4. Burger Boy boleh menyemak mata dan pencapaian mereka di bawah tab “Points” pada tab utama. Mata tidak boleh dipindahmilik dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
    5. Semua ganjaran diberikan “seadanya” dan tidak boleh dipindahmilik, tidak boleh ditukar dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
    6. Mata yang dikumpul di bawah Program Kesetiaan adalah milik peribadi peserta dan tidak boleh dijual, dipindahkan atau diserahkan kepada, atau dikongsi dengan keluarga, rakan-rakan atau lain-lain, atau digunakan oleh peserta untuk tujuan komersil. Peserta hanya boleh memiliki satu (1) akaun Burger Boy khusus untuk peserta.
    7. Ganjaran akan dihantar kepada pemenang melalui pos atau kurier. Pemenang dikehendaki untuk memberikan alamat penghantaran ketika menebus ganjaran.
    8. Sekiranya Peserta tidak dapat dihubungi selepas tiga (3) cubaan selama tiga (tiga) hari berturut-turut, atau jika dihubungi, memilih untuk tidak menerima ganjaran, Penganjur berhak untuk membatalkan ganjaran dan mata yang ditebus tidak akan dikembalikan.
    9. Penganjur tidak menjamin ketersediaan ganjaran dan Penganjur mempunyai kuasa mutlak untuk mengganti dan/atau menukar ganjaran tersebut dengan mana-mana ganjaran lain dengan nilai yang sama seperti yang ditentukan oleh Penganjur, ejennya atau penajanya.
    10. Semua ganjaran akan diberikan oleh Penganjur atas dasar “seadanya” dan diterima oleh Peserta tanpa sebarang jaminan, sama ada dinyatakan atau tersirat.
  4. DINERS GAMIFICATION : “Lady’s Choice Burger Pile”

    1. “Lady’s Choice Burger Pile” adalah permainain yang terbuka kepada Pelanggan yang berdaftar dalam Burger Kat Mane? Sahaja. Setiap pemain akan diberi 3-token setiap hari apabila mereka log masuk di www.burgerkatmane.com.my.
    2. Pelanggan mesti menggunakan 1 token untuk setiap permainan. Pelanggan perlu menggunakan kesemua 3-token dalam satu hari. Token tidak akan terkumpul jika tidak digunakan.
    3. Pelanggan perlu membina burger mengikut senarai ramuan yang diberi pada setiap permainain. Pelanggan perlu mengikut pesanan dengan betul; daging burger, salada, tomato, telur, keju, dan Lady’s Choice Mayo Magic.
    4. Pelanggan perlu menggunakan kursor untuk gerakkan roti burger dan tindakan burger mengikut pesanan yang disyorkan di skrin.
    5. Setiap permainan diberikan 60-saat untuk diselesaikan. Setiap permainan bersamaan dengan 1-mata penamat.
    6. Tambahan 5-saat akan diberikan sebagai BONUS semasa permainan apabila Pelanggan berjaya mengumpul pek Lady’s Choice Mayo Magic.
    7. Pelanggan boleh mengumpul 4-mata selepas berjaya mengumpul semua ramuan yang betul untuk setiap order, dan 1-mata tambahan akan diberi untuk setiap Lady’s Choice Mayo Magic yang terkumpul semasa permainan. Mata terkumpul maksimum adalah 15-mata setiap hari.
    8. Apabila bermain selama 3-hari berterusan dan selesaikan semua 3-mata penamat setiap hari, 5-mata tambahan akan diberikan kepada Pelanggan pada permainan hari ke-3. Tambahan mata ini tidak termasuk dalam maksimum 15-mata setiap hari.
    9. Mata ganjaran tidak akan ditolak apabila terkumpul ramuan yang salah, tetapi ramuan terjatuh dengan perlahan sebagai penalti, bersama kelipan dan bunyi menandakan kesilapan.
    10. Permainan akan bertambah susah mengikut kerumitan senarai ramuan dan kelajuan ramuan yang jatuh.
  5. HAK-HAK PENGANJUR

    1. Peserta bersetuju bahawa semua bahan yang diberikan oleh Peserta untuk Program Kesetiaan adalah milik mutlak Penganjur. Dimana berkenaan, hak cipta dan hak-hak harta intelek (termasuk hak moral) yang wujud dalam semua bahan termasuk tetapi tidak terhad kepada bahan-bahan digital atau bukan digital (contoh: video-video dan gambar-gambar) hendaklah, menjadi milik Penganjur selepas ia dikongsi/dihantar.
    2. Penganjur berhak untuk menerbit dan menggunakan nama-nama, gambar-gambar, imej, rakaman audio dan/atau video yang dihantar oleh peserta untuk tujuan pengiklanan, pemasaran, publisiti dan/atau tujuan lain, tanpa sebarang notis terdahulu atau pampasan kepada peserta. Peserta tidak berhak untuk menuntut milikan atau sebarang jenis pampasan terhadap bahan tersebut.
    3. Sebagai balasan kepada Penganjur yang menawarkan peluang untuk menyertai Program Kesetiaan kepada peserta, peserta hendaklah tanpa sebarang syarat dan tidak boleh menarik balik, bersetuju dengan perkara-perkara berikut:
      1. Penganjur boleh menggunakan nama, imej, suara peserta dan/atau yang seumpamanya untuk tujuan editorial, pengiklanan, pemasaran dan/atau tujuan-tujuan lain tanpa notis terdahulu atau bayaran pampasan.
      2. Apabila dikehendaki oleh Penganjur, peserta hendaklah secara sukarela hadir ke produksi, rakaman dan publisiti Program Kesetiaan untuk tempoh masa tertentu seperti yang diberitahu oleh Penganjur (termasuk tetapi tidak terhad kepada temubual yang dirakam atau tidak dirakam, rakaman gambar, audio dan atau visual untuk kegunaan promosi dan publisiti (“Rakaman” secara kolektif). Semua kos kehadiran dan penglibatan ditanggung sepenuhnya oleh peserta dan Penganjur tidak bertanggungjawab untuk mebayar balik sebarang kos, perbelanjaan, gaji atau pampasan kepada peserta.
      3. Penganjur memiliki hak mutlak untuk mengiklan dan/atau menyiarkan dan/atau mencetak rakaman dan/atau menggunakan slogan, nama atau nama samaran di mana-mana program/salurannya atau di sebarang media, secara keseluruhan atau sebahagian, mengikut budi bicara Penganjur. Semua hak cipta yang wujud di dalam rakaman adalah milik mutlak Penganjur.
      4. Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk menggunakan dan mengeksploitasi Harta Intelek melalui apa jua tujuan atau media dan dalam apa jua cara dan pada bila-bila masa yang dirasakan sesuai tanpa sebarang persetujuan atau membuat apa-apa bayaran kepada peserta.
      5. Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk menyingkirkan mana-mana peserta yang mengganggu sistem, perisian atau sebarang proses yang berhubung dengan Program Kesetiaan ini.
      6. Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk menyingkirkan dan/atau membatalkan kelayakan mana-mana peserta yang didapati atau disyakki menipu/menggodam/mengganggu Program Kesetiaan, atau melanggar mana-mana Terma dan Syarat Program Kesetiaan. Penganjur berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang dipercayai terlibat dengan kegiatan-kegiatan penipuan dan kegiatan lain yang membahayakan Program Kesetiaan dan Penganjur.
  6. TERMA DAN SYARAT TAMBAHAN

    1. Dengan menyertai Program Kesetiaan ini, Peserta dianggap telah membaca, memahami, bersetuju dan tanpa syarat menerima Terma dan Syarat dan Notis Privasi yang dinyatakan di bawah.
    2. Peserta menjamin, mengaku dan bersetuju bahawa semua maklumat yang diberikan (termasuk sebarang gambar, lukisan, foto, slogan, apa jua bahan dan karya kreatif lain, termasuk rakaman suara dan video) adalah hasil kerja asalnya dan tidak melanggar mana-mana hak pihak ketiga dan/atau melanggar mana-mana hak cipta, paten, nama dagangan, hak milik, hak peribadi, hak privasi atau hak moral mana-mana pihak ketiga.
    3. Peserta menjamin, mengaku dan bersetuju bahawa semua maklumat yang diberikan oleh peserta tidak mengandungi unsur-unsur kebogelan, imej berunsur pornografi atau seksual, grafik ganas, kenyataan berunsur fitnah atau bahan yang dianggap tidak sah atau mungkin melanggar undang-undang Malaysia atau bahan yang mungkin menjejaskan imej Penganjur atau menjatuhkan reputasi Penganjur. Sebarang pelanggaran terhadap klausa ini memberikan kuasa mutlak kepada Penganjur untuk menolak dan menyingkir dan/atau membuang mana-mana penyertaan atau posting serta-merta tanpa notis terdahulu.
    4. Peserta menjamin, mengaku dan bersetuju bahawa dia tidak boleh menggunakan mana-mana kandungan Program Kesetiaan atau sebahagian daripadanya untuk tujuan-tujuan selain yang dinyatakan di dalam Terma dan Syarat. Sekiranya pendaftaran atau mana-mana bahagiannya diterbitkan atau diedarkan atau diuruskan dalam apa jua cara tanpa persetujuan Penganjur terlebih dahulu, Penganjur mengikut budi bicara mutlaknya berhak membatalkan kelayakan peserta dan/atau membatalkan apa-apa ganjaran dan tidak bertanggungjawab apa pun berkenaan perkara yang sama.
    5. Semua hak dan keistimewaan yang diberikan kepada Penganjur tidak boleh ditarik balik dan tidak tertakluk kepada pembatalan, pengekangan atau injuksi di bawah mana-mana dan semua keadaan. Dalam apa jua keadaan, peserta berhak untuk melepaskan tegahan atau menghalang atau menganggu organisasi Program Kesetiaan, produksi, pengedaran, pameran dan/atau eksploitasi Program Kesetiaan.
    6. Penganjur berhak untuk, pada bila-bila masa, menukar, memadam atau menambah Terma dan Syarat atau mana-mana peraturan termasuk mekanisma Program Kesetiaan mengikut budi bicara mutlaknya.
    7. Penganjur berhak membatalkan kelayakan dan/atau mengecualikan dan/atau membatalkan ganjaran (pada mana-mana peringkat Program Kesetiaan) sekiranya -
      1. Peserta tidak layak atau tidak memenuhi mana-mana kriteria kelayakan yang ditetapkan di dalam Terma dan Syarat; atau
      2. Peserta melanggar Terma dan Syarat atau peraturan lain dan peraturan Peraduan atau melanggar mana-mana undang-undang dan peraturan yang berkenaan; atau
      3. Dengan penentuan mutlak Penganjur, peserta dipercayai telah mencuba untuk melemahkan operasi Program Kesetiaan melalui penipuan, tipu daya atau penyamaran.
    8. Sekiranya berlaku perlucutan kelayakan selepas ganjaran ditebus, Penganjur berhak untuk menuntut pemulangan ganjaran atau bayaran dengan nilai yang sama daripada peserta yang dilucutkan kelayakannya.
    9. Sementara Penganjur berusaha untuk mengadakan pengesahan yang sepatutnya ke atas kelayakan peserta, kegagalan untuk membatalkan kelayakan peserta yang tidak memenuhi syarat tidak akan dianggap sebagai pelanggaran oleh Penganjur.
    10. Peserta tidak boleh membantah atau membuat aduan secara lisan atau bertulis, pengumuman umum atau kenyataan sama ada semasa atau selepas Tempoh Kesetiaan.
    11. Jika mana-mana terma dibawah didapati menyalahi undang-undang, tidak sah, atau tidak boleh dikuat kuasakan, ia tidak menjejaskan atau menghalang terma dan syarat Program Kesetiaan yang lain untuk terus berkuat kuasa sepenuhnya.
  7. LIABILITI & TANGGUNGJAWAB

    1. Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, semua kos pengangkutan, caj internet, kos-kos persendirian dan/atau kos-kos lain, yuran dan/atau sebarang perbelanjaan yang ditanggung oleh Peserta berhubung dengan Program Kesetiaan ini (sama ada untuk tujuan penyertaan, mengambil bahagian dalam atau menerima sebarang faedah atau hadiah daripada Program Kesetiaan) atau untuk tujuan penebusan hadiah atau perjalanan yang berkenaan adalah tanggungjawab Peserta sepenuhnya dan Penganjur, sekutunya, ejen-ejen yang sah atau yang mengambil bahagian tidak bertanggungjawab sama sekali terhadap kos/caj/yuran/perbelanjaan ini.
    2. Penganjur, sekutunya, ejen-ejen yang sah dan yang mengambil bahagian tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan penebusan dan pendaftaran tidak lengkap, kerosakan, kelewatan dalam penghantaran, atau sebarang kesilapan komputer, IT atau teknologi. Peserta bertanggungjawab memastikan kemasukannya mematuhi semua peraturan dan terma dan syarat Program Kesetiaan, dan penyertaannya diterima oleh Penganjur dalam bentuk yang dikehendaki oleh Penganjur.
    3. Dengan menyertai Pertandingan Tebus & Menang, semua peserta bersetuju untuk melepaskan, membuang dan memelihara Penganjur, sekutu-sekutu dan agensinya, dan pekerja-pekerja, pegawai-pegawai, pengarah-pengarah dan wakil-wakilnya daripada mana-mana tuntutan, kehilangan atau kerosakan yang timbul hasil daripada atau berhubung dengan penyertaan mereka di dalam Program Kesetiaan ini (termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang kesilapan dalam mengira mana-mana transaksi, mana-mana kerosakan dalam sistem komputer atau peralatan), sebarang kegiatan yang berkenaan dan penerimaan dan/atau penggunaan, penyalahgunaan, atau pemilikan mana-mana ganjaran di bawah.
    4. Semua kos yang ditanggung oleh peserta berhubung dengan dan/atau berkenaan Program Kesetiaan dan ganjaran termasuk tetapi tidak terhad kepada had caj pos atau caj Pembekal Servis Internet (jika berkenaan), semua kos pengangkutan, caj komunikasi, penginapan, kos makan dan kos-kos berkenaan yang lain yang ditanggung oleh peserta akibat dan/atau menurut penyertaanya dalam Program Kesetiaan, kutipan dan kos-kos tambahan berkenaan ganjaran seperti kos insurans, yuran pendaftaran kenderaan, cukai jalan, dll, hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh Peserta. Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk membayar balik sebarang kos atau perbelanjaan yang ditanggung kepada Peserta.
    5. Peserta mengakui bahawa penyertaannya di dalam Program Kesetiaan adalah atas risiko sendiri. Penganjur, ejen-ejen, penaja-penaja, wakil-wakil, sekutu-sekutu dan pengarah-pengarah, pegawai-pegawai dan pekerja-pekerja dan ejen-ejennya tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana Peserta berkenaan:
      1. Sebarang kegagalan untuk menebus ganjaran dalam Pertandingan Tebus & Menang, ganjaran yang rosak akibat kecuaian sendiri, tindakan dan/atau ketinggalan atau penyalahgunaan ganjaran atau sebarang kehilangan, kerosakan, kos-kos, perbelanjaan, tuntutan, liabiliti, kecederaan, kematian, kemalangan yang dialami oleh peserta sepanjang Program Kesetiaan atau yang timbul akibat atau berhubung dengan Pertandingan Tebus & Menang, penyertaan peserta dalam Peraduan dan/atau hadiah yang diberikan.
      2. Sebarang kelewatan dan/atau kegagalan dalam menerima atau menghantar permohonan penebusan atau peruntukan mata akibat sebarang kesilapan rangkaian, komunikasi, ISP atau sistem, gangguan dan/atau kegagalan yang dialami oleh Penganjur atau pembekal servis telekomunikasi peserta dan/atau akibat daripada penyertaan atau muat turun mana-mana bahan dalam Program Kesetiaan.
      3. Sebarang kesilapan, pengeluaran, gangguan, pemadaman, kerosakan, kelewatan dalam operasi atau transmisi, kegagalan jaringan komunikasi, kecurian, kemusnahan, pemindaan, atau akses tidak sah kepada penyertaan, atau penyertaan yang hilang atau lewat sama ada atau tidak timbul semasa operasi atau transmisi akibat fungsi pelayan, virus, pepijat atau sebab-sebab lain di luar kawalan Penganjur.
    6. Penganjur, ejen-ejen, peaja-penaja dan wakil-wakilnya tidak bertanggungjawab untuk melaksanakan apa-apa kewajipan mereka berkenaan Program Kesetiaan dan Terma dan Syarat ini, peraturan berkenaan Program Kesetiaan dimana mereka tidak dapat berbuat demikian akibat daripada keadaan di luar kawalannya dan tidak akan bertanggunjawab untuk memberi pampasan kepada peserta dalam apa jua cara sekalipun dalam keadaan demikian.
  8. BIDANG KUASA DAN UNDANG-UNDANG

    1. Program Kesetiaan dan Terma dan Syarat ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia, dan setiap peserta bersetuju untuk menghantar sebarang tuntutan, pertikaian atau kontroversi kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia.